Soalan Ujian Psikometrik SPA 2020

ujian psikometrik SPA

Untuk kemasukan perkhidmatan awam terkini, diwajibkan menduduki Ujian Psikometrik SPA. Jika sebelum ini ianya lebih dinamakan penilaian SAHSIAH dan MINAT, tapi kini dalam skop yang lebih terarah.

Psikometrik adalah bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap, dan sifat keperibadian. Bidang ini terutama mempelajari perbezaan antara individu dan antara kumpulan.

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Tetapi bagi calon, ianya lebih menekan. Calon tak kisah jawatan apa kan? Kita nak kerja. Nak ada gaji. Tak best pulak bila diuji macam ni…

Nak Miliki 50 Contoh Soalan Temuduga Kerajaan PERCUMA?
Sila masukkan Email anda untuk info lanjut.
We respect your privacy

TONJOLKAN NILAI POSITIF ANDA SEMBUNYIKAN NILAI NEGATIF ANDA!

Dalam ujian Psikometrik SPA, calon-calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara personaliti, motivasi, kejujuran, integriti, kebolehan sosial, kestabilan emosi dan disiplin.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian.

Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda.

Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya.

Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.

Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragak-agak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam.

Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab soalan ujian Psikometrik.

Tips Menjawab Ujian Psikometrik SPA

[+] Menjawab dengan jawapan cerminan positif
[+] Menolak “aura” negatif dalam memberi jawapan
[+] Berfikiran positif “menerima kritikan dan pandangan” orang lain.
[+] Jawapan anda merupakan refleksi diri anda

Jadi apa yang ada di sebalik Ujian Psikometrik ini secara kasarnya ialah;

“Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya menuju arah yang positif atau arah yang negatif!’. 

Sebenarnya ujian Psikometrik SPA ini antara ujian penting untuk menyingkirkan calon. Anda pun tahu kan yang anda ada ramai pesaing. Calon dari seluruh negara berebut jawatan dengan anda. Kekosongan jawatan yang tak banyak memerlukan pihak suruhanjaya menyingkirkan calon dengan ujian-ujian penilaian.

Ianya sesuatu yang bagus untuk pastikan yang betul-betul layak sahaja terpilih. Tapi agak malang untuk yang ambil sambil lewa ujian ini dan gagal. Padahal beliau (ANDA!) layak untuk lulus.

Lihat data ini, ratusan ribu GAGAL setiap tahun… Data tahun 2017-2019 kita pejam mata dulu. Takut anda terkejut 🙁

Mereka gagal bukan sebab tak bijak. Tapi antara yang menyumbang kepada kegagalan ini adalah..

AMBIL MUDAH, BUAT SAMBIL LEWA

Tak ada kesungguhan. Tak buat persediaan yang betul. Tak nak luang masa khusus untuk studi. Tapi itu bukan anda. Anda dah luang masa cari rujukan ujian psikometrik SPA dan sampai ke blog ini kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.