Resume Untuk Temuduga

resume untuk temuduga

 

Resume Untuk Temuduga, Satu Pengenalan

Bagaimana untuk sediakan resume untuk temuduga yang terbaik? Resume merupakan ringkasan mengenai anda dan juga alat pemasaran bagi anda untuk mendapatkan temuduga. Sesetengah memanggilnya Curriculum Vitae (CV) atau biodata pekerja dan pelbagai lagi. Namun demikian, ada yang berpendapat bahawa resume ialah ringkasan kepada CV. Ketika memohon pekerjaan, kita akan menghantar resume manakala semasa hadir temuduga, kita mengemukakan CV.

Dalam erti kata lain, resume merupakan ringkasan peribadi meliputi sejarah professional dan kelayakan akademik seseorang. Resume turut merangkumi maklumat matlamat atau objektif kerjaya anda, latar belakang pendidikan, pengalaman pekerjaan, pencapaian cemerlang serta kemahiran-kemahiran lain yang anda ada. Lazimnya, panjang sesebuh resume tidak melebihi tiga atau empat muka surat.

Sepanjang proses memohon pekerjaan, resume merupakan dokumen asas yang perlu ada yang disediakan oleh pemohon, Bagi melahirkan gambaran awal yang positif terhadap permohonan anda, resume sepatutnya disediakan dengan baik dan kemas dengan menggunakan komputer.

Menulis dengan tulisan tangan adalah tidak digalakkan kerana bimbang tulisan tangan anda sukar dibaca atau tulisan tidak kemas dan tidak jelas sekali gus mengelakkan resume anda berakhir di dalam tong sampah sebelum sempat dipertimbangkan.

 

Objektif Resume

Resume merupakan asas keperluan bagi pemilihan dan temuduga. Lazimnya, calon yang mahu memohon pekerjaan dikehendaki menyertakan resume mereka bagi tujuan pemilihan. Hal ini sekali gus membantu syarikat memendekkan masa pemilihan dan penilaian. Namun jika permohonan anda tidak disertakan dengan resume, besar kemungkinan permohonan anda tidak akan dilayan atau ditolak tanpa memberi peluang untuk dipanggil temuduga.

Selain itu, maklumat yang terkandung dalam resume untuk temuduga turut memberi peluang kepada majikan untuk menentukan kesesuaian anda dengan jawatan yang dimohon khususnya maklumat yang berkaitan dengan kelayakan dan pengalaman.

 

Kepentingan Menyediakan Resume

Melalui resume anda boleh menyatakan sumbangan yang anda boleh berikan kepada syarikat jika anda dipilih apatah lagi jika anda mempunyai pengalaman kerja yang sama. Ini adalah kerana resume memuatkan maklumat mengenai semua keupayaan dan kebolehan anda.

Sebenarnya, dengan menyediakan resume dapat membantu persiapan anda sebelum menghadiri temuduga. Kebanyakan soalan yang diajukan ketika temuduga adalah berpandukan maklumat yang ada dalam resume anda.

Malah dengan adanya resume untuk temuduga, proses mengisi boring permohonan pekerjaan dapat dipercepatkan kerana maklumat yang diperlukan boleh diperolehi daripada resume anda.

Walau bagaimanapun, resume yang baik tidak menjanjikan anda mendapat pekerjaan. Namun, penyediaan resume yang lemah bukan sahaja menyebabkan anda langsung tidak dipertimbangkan untuk melayakkan diri ditemuduga malah membazirkan masa dan tenaga anda untuk menyediakannya.

 

Keperluan Khusus oleh Kebanyakkan Majikan

Tidak ada keperluan khusus yang lazim oleh majikan terhadap keperluan resume. Resume anda perlu tersusun dengan sempurna dan menarik supaya mudah dibaca dan difahami oleh majikan. Kandungan resume pula haruslah membantu menonjolkan maklumat yang selaras dengan jawatan yang dimohon mahupun apa sahaja yang difikirkan bersesuaian.

Lazimnya, panjang sesebuah resume haruslah sekitar tiga hingga empat muka surat. Resume yang terlalu ringkas memberikan maklumat yang tidak lengkap manakala resume yang terlalu panjang memungkinkan adanya maklumat-maklumat yang tidak diperlukan atau tidak bersesuaian disertakan dalam resume tersebut.

Jenis tulisan yang lazimnya digunakan ketika menghasilkan resume untuk temuduga adalah Times New Roman, Arial, Century Gothic dan Tahoma.

Manakala saiz tulisan pula sekitar sepuluh hingga 12 point. Gunakan kertas A4 berwarna putih dan cetak dengan jelas sama ada menggunakan cetakan laser atau ink jet.

 

Elemen dalam Resume

a) Gambar

Gunakan gambar yang kemas, rasmi dan bersaiz kad pengenalan. Lebih kreatif jika dapat disertakan gambar penuh dengan penampilan yang profesional dan berlatarbelakangkan suasana kerja atau organisasi berkenaan.

b) Tajuk

Resume

c) Tarikh

Ini penting bagi membolehkan majikan dan diri anda mengetahui waktu resume tersebut ditulis sekali gus membantu anda untuk mengemas kini resume anda setelah beberapa tempoh.

Resume untuk temuduga yang telah lama berkemungkinan memberikan butiran yang tidak tepat sekiranya berlaku hal seperti perubahan tempat kerja, menyambung pelajaran, pendapatan terkini, kursus-kursus terbaharu yang dihadiri mahupun butiran diri seperti taraf perkahwinan, alamat dan nombor telefon.

d) Butiran Peribadi

Maklumat ini membolehkan majikan cuba menggambarkan latar belakang anda merangkumi nama penuh, nombor kad pengenalan, umur, tempat lahir, berat, tinggi, tahap kesihatan, jantina, alamat tempat tinggal dan nombor telefon yang boleh dihubungi serta taraf perkahwinan untuk melihat dan menilai pemohon, bersesuaian dengan keperluan jawatan yang dimohon.

Pastikan nama penuh anda sama seperti yang tertera pada kad pengenalan, alamat dan nombor terkini yang boleh dihubungi.

e) Objektif Kerjaya

Menyediakan matlamat atau objektif kerjaya memberikan peluang kepada majikan untuk memahami hala tuju kerjaya dan keinginan anda dalam kehidupan jangka masa panjang.

Langkah ini dapat membantu mereka menilai sama ada hala tuju tersebut menepati suasana atau sama ada majikan dapat memenuhi keinginan kehidupan anda itu.

Matlamat tersebut juga dapat memberikan gambaran sama ada keinginan anda bersesuaian dengan calon pekerja yang mereka perlukan.

Elakkan daripada menyediakan matlamat yang terlalu umum di dalam resume untuk temuduga dan yang berfokus pada apa yang majikan boleh berikan kepada anda. Khususkan matlamat anda dengan lebih terperinci. Ia hendaklah munasabah dan yang boleh dicapai.

f) Latar Belakang Akademik

Menyediakan maklumat asas bagi memenuhi syarat jawatan yang dimohon seperti tempoh pembelajaran pemohon. Namun, maklumat akademik seharusnya dimulakan dengan pencapaian kelayakan akademik yang tertinggi.

g) Kursus yang Pernah Dihadiri

Ini dapat membantu serta member kelebihan kepada permohonan anda apatah lagi jika senarai kursus yang pernah dihadiri itu amat bersesuaian dengan jawatan yang dimohon.

h) Rekod Pekerjaan dan Pengalaman

Maklumat ini dapat memberitahu majikan mengenai pengalaman bekerja anda atau pendedahan suasana pekerjaan yang serupa dengan jawatan yang anda pohon. Pengalaman kerja yang lepas dan jawatan yang dimohon seharusnya mempunyai kesuaian dan berkaitan.

Bagi pemohon yang pernah mempunyai pengalaman bekerja, anda harus memulakan pengalaman kerja anda dengan menyatakan jawatan dan organisasi yang terakhir anda bekerja. Bagi pemohon yang tiada pengalaman kerja, anda mungkin boleh menyatakan pengalaman anda melaksanakan latihan industri di dalam format resume anda.

i) Pencapaian dan Anugerah

Dengan menyatakan pencapaian terbaik yang pernah anda lakukan dalan pengalaman kerja anda mahupun anugerah yang telah anda terima, dapat menguatkan lagi sokongan untuk anda terpilih mengisi jawatan yang dimohon.

Ini termasuk juga bagi mereka yang tiada pengalaman bekerja tetapi memperoleh pencapaian dan anugerah ketika di kolej mahupun di university.

j) Kemahiran Tambahan

Anda perlu menyatakan beberapa kemahiran tambahan yang dapat membantu penilaian pemilihan bersesuaian dengan jawatan yang dimohon seperti bahasa dan computer.

k) Kokurikulum / Aktiviti Tambahan

Nyatakan jawatan lain yang pernah anda sandang di organisasi anda. Sekiranya anda lepasan IPT atau kolej, nyatakan penglibatan dan pencapaian anda dalam persatuan dan juga sukan.

l) Rujukan

Sertakan sekurang-kurangnya dua atau tiga nama untuk dirujuk di dalam resume untuk temuduga agar dapat membantu majikan untuk menyemak dan membuat rujukan mengenai kesahihan maklumat yang diberi sekali gus membantu memberikan sokongan kepada permohonan anda.

Bagi calon lepasan IPT, anda boleh menamakan pensyarah atau dekan sebagai rujukan anda.

Kredit kepada Hj Azmi Hj Abu Bakar

 

Panduan Lengkap Persediaan Resume Kerja

 

resume format

 

Buat masa sekarang, masalah pekerjaan antara masalah yang semakin meruncing di kalangan anak-anak muda di Malaysia. Sekarang, bukan senang nak dapat pekerjaan walaupun anda memiliki segulung ijazah daripada Universiti dari luar negara sekalipun!

 

resume untuk temuduga spa

 

Anda perlukan beberapa skil kemahiran lain sebelum anda mendapat kerja yang HEBAT dan gaji yang LUMAYAN. Selain ijazah sebagai tiket anda perlu mahir tentang…

  • “Teknik penulisan resume yang baik”
  • Gaya dan penampilan diri anda yang menarik
  • Cara pemakaian semasa sesi temuduga
  • Etika menjawab soalan temuduga
  • Skil komunikasi anda yang meyakinkan

 

resume bergambar

 

Ya…didedahkan rahsia sebenarnya. Dimana teknik penulisan resume ini …

  • Dihasilkan berdasarkan kajian daripada buku-buku resume untuk temuduga terbaik di DUNIA. Untuk menghasilkan yang terbaik, sudah pastilah dari sumber yang terbaik. Kami di Tim Infokerjaya mengkajinya untuk anda.
  • Teknik ini telah digunapakai oleh ramai calon yang mencari kerja di serata dunia dan mereka telah berjaya!
  • Cara untuk berjaya dengan cepat adalah meniru orang yang dah berjaya.
  • Terbukti berkesan dan dapat membantu ramai orang dalam mencari pekerjaan termasuklah anda (jika anda membacanya nanti).
  • Dibongkarkan dengan bahasa paling mudah untuk membantu anda menghasilkan resume yang terbaik. Ditulis dalam Bahasa Melayu dan dengan gaya santai…mudah untuk anda fahami.

 

resume pdf

 

resume download

resume

  • Anda akan mengetahui bagaimana proses-proses penapisan resume dilakukan yang mungkin anda tak pernah hiraukan pun sebelum ni. Dengan ketahuinya, peluang anda untuk berjaya semakin cerah
  • Ketahui teknik meletak gambar dan grafik dalam resume anda yang menjadi daya tarikan hati bakal majikan anda – Teknik ini akan menceriakan resume anda. Resume yang ceria bakal memikat bakal majikan anda.
  • Ketahui juga bagaimana menulis resume 99% berjaya dipanggil ke temuduga? – anda akan dibongkarkan dengan RAHSIA 7 teknik memikat bakal majikan anda yang WAJIB anda tahu sebelum mula menulis resume. Tiada sebab lagi tak dipanggil temuduga.
  • Teknik penulisan _________ yang SANGAT-SANGAT disyorkan kepada anda. Anda pasti puas hati nanti selepas mengetahuinya. Anda akan mengetahui bagaimana pemikiran seorang ______ terhadap resume anda. Bila dah tahu mudah untuk anda tackle hati bakal majikan. Ini antara teknik pukau yang sangat hebat

Dan banyak lagi…

free resume

Anda tahu tak kebanyakan daripada isi kandungan resume anda akan ditanya kembali oleh panel temuduga jika anda berjaya layak ke peringkat temuduga nanti?

Untuk menyelesaikan kebingungan anda, disediakan….

 

resume examples

Soal Jawab Spesifik Resume

Dimuatkan dengan 20 soalan yang boleh disoal oleh panel temuduga tentang isi kandungan resume anda (semasa temuduga kebiasaannya panel akan memegang resume anda dan menyoal soalan yang berkaitan dengan resume anda).

 

Resume Kick Start

Saya tahu anda sedang bersemangat untuk mencipta sebuah resume yang terbaik. Bagi memudahkan anda kami sediakan ‘Resume Kick Start’ yang mengandungi 3 komponen penting yang anda sangat perlukan.

 

Komponen 1 : Cover Letter Sukses

cover letter resume

[Komponen ini memuatkan 3 contoh surat iringan atau “Cover Letter”. Dimana Cover Letter ini hasil penulisan beberapa calon yang telah berjaya mendapat kerja yang HEBAT. Kami jamin ia membantu anda]

 

Komponen 2 : Resume 5 Angka

resume 5 angka

[Komponen ini memberi anda contoh-contoh resume untuk temuduga terpilih dan yang telah terbukti berjaya mendapat kerja yang hebat, gaji mereka yang lumayan dan yang penting kerja yang halal!]

 

Komponen 3 : Template Resume Pasang Siap

template resume pasang siap

[10 Template design yang berbeza-beza. Tak perlu pening-pening lagi. Anda pilih dan isikan maklumat diri anda. Ya..itu sahaja. Mudah dan pantas!]

 

 

 

Salam ikhlas,

Saiful Bahari Adzmi

Nak Miliki 50 Contoh Soalan Temuduga Kerajaan PERCUMA?
Sila masukkan Email anda untuk info lanjut.
We respect your privacy

1 thought on “Resume Untuk Temuduga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.