Contoh Soalan Temuduga SPA 2020

 

soalan temuduga SPA

Nak Miliki 50 Contoh Soalan Temuduga Kerajaan PERCUMA?
Sila masukkan Email anda untuk info lanjut.
We respect your privacy

Tidak ada rahsia dalam soalan temuduga SPA. Apa yang saya maksudkan ialah soalan temuduga memang boleh diramal dan dijangka. Saya yakin anda juga boleh jangkakannya. Kita sama-sama meneroka beberapa soalan lazim yang menjadi fokus dan kegemaran oleh panel temuduga. Sebagai satu ingatan, anda perlu memahami bahawa ia adalah satu cadangan. Anda perlu membuat persediaan awal.

 

Soalan Mengenai Peribadi Anda

Panel selalu bertanya soalan berkaitan dengan peribadi calon di awal sesi temuduga. Ia akan membuatkan calon lebih relaks dan mungkin juga boleh menurunkan tahap kelajuan degupan jantung calon. Panel temuduga juga mungkin mempunyai tujuan lain, seperti ingin mengesahkan maklumat yang ada pada mereka dengan maklumat yang dituturkan oleh anda sendiri ataupun ingin menguji kebolehpercayaan maklumat lisan dengan maklumat yang tertera di dokumen.

 

Soalan Mengenai Pengalaman

Panel akan bertanya berkenaan pengalaman anda sebelum ini. Saya mencadangkan anda memberikan jawapan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1) Pengalaman yang memberikan impak yang besar kepada organisasi. Sama ada dalam bentuk keuntungan, peningkatan imej organisasi, memenuhi sasaran pengeluaran, pengiktirafan dan sebagainya.

2) Pengalaman yang luar biasa dan unik serta jarang sekali orang lain melaluinya. Seperti membentangkan kerta kerja dalam seminar, konvensyen atau persidangan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

3) Pengalaman yang berorientasikan pencapaian kerja. Mungkin anda pernah menyelesaikan satu masalah yang paling rumit yang tidak berjaya diselesaikan oleh pekerja lain.

 

Soalan Mengenai Akademik

Soalan ini mahu menguji sejauh mana anda memahami dengan mendalam hubung kait jurusan anda dengan alam pekerjaan. Bagaimana anda mengaitkan pengetahuan yang telah anda peroleh di universiti dengan jawatan di sektor awam akan memberikan isyarat kepada panel mengenai keupayaan anda untuk melakukan analisis ringkas.

 

Soalan Mengenai Kemahiran

Ini merupakan soalan yang ringkas tetapi mempunyai implikasi tertentu. Jika itu bentuk soalannya, anda perlu memberitahu dengan lengkap kemahiran yang relevan dengan tugas-tugas jawatan dan organisasi yang bakal anda sertai.

 

Soalan Mengenai Tugas Jawatan yang dimohon

Biasanya ini adalah soalan wajib dan tujuannya ingin melihat sejauh mana anda mempunyai maklumat asas tentang tugas jawatan yang anda mohon. Salah satu soalan lazim temuduga yang popular.

 

Soalan Mengenai Majikan Anda

Setelah mengenal pasti jawatan yang anda ingin ceburi, anda perlu mengetahui siapakah bakal majikan anda. Ia bertujuan untuk menilai kesediaan calon bekerja dan kesesuaiannya untuk berkhidmat.

 

Soalan Mengenai Isu Semasa

Jenis solan yang mempunyai skop yang agak luas. Walau bagaimanapun, kelebihan soalan ini adalah isu semasa yang ditanya tidaklah melangkau ke satu jangka masa yang jauh ke belakang. Biasanya isu semasa yang dimaksudkan adalah isu-isu yang mempunyai tempoh hayat selama satu bulan.

 

Soalan Mengenai Sikap

Soalan ini ditujukan kepada anda dengan objektif untuk menentukan sama ada sikap anda sesuai dengan jawatan yang dimohon. Soalannya berkaitan dengan diri pemohon.

 

Soalan Berbentuk Umpan

Ia bukan satu gurauan. Ia telah berlaku dan tidak mustahil akan terus berlaku.

 

Soalan Berbentuk Provokasi

Watak anda akan dinilai dan diuji, salah satu teknik biasa yang sering digunakan oleh panel ialah provokasi. Kadang-kadang calon tidak sanggup mendengar hentaman dan cara panel memperkecilkan kebolehan dan keupayaan calon. Serangan yang berbentuk peribadi ini semata-mata ingin menguji tahap pertahanan yang dimiliki calon dan mekanisme serangan balas yang diambil oleh seseorang calon. Jika anda cepat melenting dengan serangan pertama, nampaknya masa anda sudah pun tamat.

 

Apa yang penting anda perlu buat persediaan yang betul dengan rujukan yang betul. Jangan ambil mudah bila dipanggil untuk ditemuduga kerana peluang selalunya tidak datang selalu. Contoh soalan temuduga SPA di atas hanya satu bentuk persediaan yang anda perlu ambil perhatian.

 

Selamat berjaya di tahun 2020!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.